Untuk mendapatkan resepi "Large Volume Cooking" susah juga di internet. Ini resepi ayam masak merah untuk 200 orang makan. Kalau ada kenduri kawin boleh lah cuba. Complicated sikit tapi berbaloi. Resepi ni kami pos dari dapur catering kami, bukan dari mana-mana site.
Kami tengah work-out ebook Large Volume Cooking atau Resepi Masak Kenduri.
AYAM MASAK MERAH 200 ORANG MAKAN
17 ekor ayam saiz sedang dipotong 12 bhg
2 kg cili masak
10 batang karot saiz sederhana
2 kg tomato
4 tin susu cair
2 kg sos tomato
1 ikat daun pandan
500 g halia
200 g bawang putih
600 g bawang merah
2 kg bawang besar dihiris memanjang
10 btg kayu manis
1/2 cwn bunga lawang, buah pelaga (optional)
100 g jintan manis + jintan putih (optional)
1/2 kg serbuk cili
1 kg gula
200 g garam
1 cawan aji
CARA
Masukkan air kedalam satu periuk besar separuh penuh.
Masukkan:
3 sdb serbuk kunyit
5 btg serai
5 inci halia
3-4 sdb garam
Boleh kecap kuah celur sebelum masukkan ayam. Jangan terlebih masin. Kurang masin takpe..
Masukkan ayam dan biarkan. Bila mendidih, terus angkat ayam.
Ayam sebaiknya cuma 3/4 masak. Lemak ayam akan banyak keluar semasa kita merebusnya. Ini memudahkan kerja menggoreng disamping membuat proses menggoreng menjadi cepat dan masak menyeluruh.
Setelah habis dicelur, ayam digoreng dengan minyak yang banyak, dan diketepikan.
Menyediakan bahan-bahan (seeloknya dilakukan semasa menunggu ayam siap dicelur dan digoreng)
Kisar bawang putih, bawang merah, halia
Kisar karot, tomato dan cili hidup dan asingkan.
Tumis kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai.
Masukkan hirisan bawang besar hingga warna keemasan.
Masukkan kisaran bawang dan halia.
Masukkan kisaran karot, tomato, cili besar.
Masak hingga keluar bau, pecah minyak.
Masuk serbuk cili, serbuk jintan.
Masukkan sos tomato dan susu cair.
Masukkan gula, garam, aji.
Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan mendidih.
Seeloknya kuah adalah sedikit cair; tidak terlalu pekat. Jika terlalu pekat, tambah air.