About Us



Kami adalah pakar dalam masakan Kelantan dan Melayu amnya. Resepi kami yang paling mendapat sambutan ialah Daging Gulai Darat.

Kami menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Tanah Merah, Kelantan. Kawasan liputan termasuk Machang, Ketereh, Pasir Mas, Kota Bharu dan Kubang Kerian. Untuk kawasan Kuala Lumpur pula, kawasan liputan adalah merangkumi sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Kami juga menumpukan pada masakan tradisional Kelantan lain seperti Nasi Berlauk, Nasi Dagang dan Nasi Kerabu. Kami juga menyediakan masakan Mamak termasuk Kari Mamak, Dalca dan Masala. Namun begitu menu popular lain juga disediakan termasuk Nasi Ayam, Nasi Minyak, Nasi Biryani, Sate Ayam dan Daging, serta masakan Barat.

Moto kami adalah "Sedap, Murah, Cepat". Anda cuma perlu menyatakan bajet anda dan kami mencadangkan pakejnya. Untuk makanan dan minuman bungkus (prepacked), makanan / minuman akan dihantar pada waktu yang diminta, dan urusan tuan rumah / hos untuk membahagikan makanan tersebut. Untuk tempahan buffet, pihak kami akan menyediakan, menyelenggara dan membersihkan kawasan yang berkaitan dengan tempahan makanan tersebut.

Tempahan perlu dilakukan 3 hari sebelum acara tertakluk pada tempahan semasa. 7 hari diperlukan untuk tempahan sate.

Tempahan yang berjumlah 50 orang keatas adalah bersama penghantaran percuma. Untuk tempahan 49 orang kebawah, caj pengankutan serendah RM5 (untuk kawasan berdekatan) adalah dikenakan.

Kepuasan hati pelanggan adalah keutamaan kami. Sebarang rungutan perlulah disalurkan dengan jelas kepada kami dan kami akan berbincang dengan pihak pelanggan untuk memperbaiki atau sebagainya.

embundeco